Tuesday, 24 December 2013

Cuti sekolah di kampung

Akhirnya dapat juga kami sekeluarga balik ke kampung. Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah dengan memancah kebun abah. Kebun abah sekarang tengah musim buah duku dan duku langsat.
Duku langsat dah masak , tapi abah kate duku betul dalam sebulan lagi baru masak. Kebun orang lain semua dah masak dan dah nak abis buahnya tapi kebun abah lum masak lagi. Mungkin ini rezeki anak cucu agaknya.
Pertama kali bawak anak anak ke kebun. memula diorang mengamuk gak pasal tak penah masuk kebun. Orang bandar kononnya..... Si abang nangis ajak balik, tapi bile dah bagi tablet senyap je. Si adik lak tak bole lepas dari saya. pantang nak ikut je. Last2 suruh die petik sendiri buah dukung. Pokok pun rendah lagi suka la die petik sendiri.
Yang betulnye anak anak ni bukan makan pun buah buahan. yang dimakan hanya buah banana je. Ni antara gambar diorang kat kebun.










 
 
 

Thursday, 31 October 2013

Permainan rakyat

Khamis, 31 Oktober 2013
          
            Program selepas upsr termasuk permainan rakyat yang dijalankan oleh Izzah kene pada masa aku ajar PJ lak. Baru nak main bola ngan bebudak. Tp ok jugak la , sekurang-kurangnye ada pengisian dan ilmu baru disamping dapat mewariskan seni warisan kita pada generasi akan datang.

Antara yang dipermainkan ialah :

1. Guli
2. Main getah
3. Kavadi
4. Konda kondi

            Murid tahun 6 di beri kepada 4 stesen permainan dan mereka akan bentangkan kepada murid tahun 4 dan 5 yang mana menjadi pengunjung setiap stesen itu dan mendengar penerangan , lihat demo dan seterusnya mempermainkan permainan di stesen itu dalam masa yang ditetapkan.
Murid tahun 4 dan 5 diajak sekali pasal kekurangan guru pada hari ini kerana keluar kursus.

     Baju seorang murid terkoyak akibat tarik menarik semasa main Kavadi (Saril Ali) so lain kali standby baju lebih utk murid kalo main permainan yang lasak kalo tak kene anta budak tu balik rumah salin baju.




















Wednesday, 30 October 2013

KURSUS GURU PENASIHAT KELAB SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2013 BAGI PERMAINAN SOFBOL

Tarikh : 28 - 29 Oktober 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Seri Alam 2
Antara permainan yang aku tak pernah main, tapi best jugak sesekali bersukan.
En. Mohd. Asri Bin A. Karim, Penyelia Sukan PPD Pasir Gudang
beri kata semangat semasa majlis penutupan rasmi sukan permainan sofbol.








Sistem SPPBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM

Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBSlebih dikenali denganSPPBSmerupakan sistem pentaksiran yang dibuat LPM Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Sistem ini dibangunkan secara online boleh dicapai dimana sahaja lokasi mempunyai talian internet.
Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkan urusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan data prestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online dan lebih sistematik. Apa sahaja bekenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD  termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut boleh disemak melalui SPPBS.
Pendek kata dalam SPPBS ini, segala berkaitan maklumat diri, termasuk kelas semasa atau sebelum ini termasuk juga sejarah prestasi seorang pelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan serta di cetak apabila ia sempurna untuk masa depan nanti melalui SPPBS.
Untuk kajian dan perbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBS ini bagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untuk akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gred ataupun prestasi matapelajaran semasa.


Sistem ini merupakan sistem yang agak baru, walaupun tujuannya adalah baik dan bermatlamat memberikan kemudahan, sistem SPPBS ini masih mempunyai kelemahan seperti kadangkala ia mengalami masalah untuk diakses. Ia mungkin disebabkan banyak data yang dimasukkan serta kadangkala ia mengalami masalah akses. Namun demikian, penambahbaikan terus dilaksanakan dan sebarang masalah boleh terus menghubungi meja bantuan di :
Meja Bantuan SPPBS :


Sumber :Sistem SPPBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM


Jangan tunggu sampai due-date. Nanti server jem tak bole masuk