Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBSlebih dikenali denganSPPBSmerupakan sistem pentaksiran yang dibuat LPM Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Sistem ini dibangunkan secara online boleh dicapai dimana sahaja lokasi mempunyai talian internet.
Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkan urusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan data prestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online dan lebih sistematik. Apa sahaja bekenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut boleh disemak melalui SPPBS.
Pendek kata dalam SPPBS ini, segala berkaitan maklumat diri, termasuk kelas semasa atau sebelum ini termasuk juga sejarah prestasi seorang pelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan serta di cetak apabila ia sempurna untuk masa depan nanti melalui SPPBS.
Untuk kajian dan perbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBS ini bagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untuk akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gred ataupun prestasi matapelajaran semasa.
Sistem ini merupakan sistem yang agak baru, walaupun tujuannya adalah baik dan bermatlamat memberikan kemudahan, sistem SPPBS ini masih mempunyai kelemahan seperti kadangkala ia mengalami masalah untuk diakses. Ia mungkin disebabkan banyak data yang dimasukkan serta kadangkala ia mengalami masalah akses. Namun demikian, penambahbaikan terus dilaksanakan dan sebarang masalah boleh terus menghubungi meja bantuan di :
Meja Bantuan SPPBS :
- Telefon: 03-8884 3158
- Faksimili: 03-8884 3156
- Emel:helpdesk.sppbs@moe.gov.my
Sumber :Sistem SPPBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM
Jangan tunggu sampai due-date. Nanti server jem tak bole masuk
No comments:
Post a Comment