Tuesday, 9 June 2015

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU BIG PPG

 1.0       TAJUK          
 Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)  Sekolah Kluster Kecemerlangan.

2.0       PENDAHULUAN
Program ini mencakupi lawatan penanda aras dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam. Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum..

3.0       RASIONAL

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) . Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
 Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”.

4.0       OBJEKTIF

Melalui lawatan penanda aras (benchmarking), diharapkan guru PPG akan dapat :
4.1.    Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
4.2   Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan sekolah cemerlang.
4.3     Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikannya   
          dalam pengurusan pendidikan seharian.
4.4      Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan   atau aktiviti.
4.5      Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
          berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan kepelbagaian  
          budaya.

5.0       ANJURAN

5.1    SK LKTP Tenggaroh 6, Mersing. 
      5.2   Pelajar Program Pensiswazahan Guru  (PPG) Kumpulan Sains 1 dan Matematik Kumpulan 4, Kohort 2 Ambilan  Februari 2012.

6.0       BUTIRAN AKTIVITI

6.1       Tarikh aktiviti   :           09 Mei 2015 (Sabtu)  

6.2       Tempat aktiviti :          SK LKTP Tenggaroh 6, Mersing.

6.3       Sasaran           :           Guru -guru Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Kumpulan Sains 1 dan Kumpulan Matematik 4,  
 Rujuk Lampiran 1 ).
  
7.0       AHLI JAWATANKUASA


7.1       AHLI JAWATANKUASA  INDUK


Pengerusi


Timbalan   Pengerusi 1


Timbalan   Pengerusi  II


Setiausaha    
  

Penyelaras


Naib  Penyelaras


Bendahari


7.2       AHLI JAWATANKUASA  KERJA / PELAKSANA


Penasihat
En Tormadi bin Jono

Pengerusi
Hasirulnizam bin Hashim

Naib Pengerusi
Irwan bin Sidik Ahmed

Setiausaha
Hariyati binti Ramli

Bendahari
Azlina binti Sudin
Rusilawati binti Hassan

Pengacara Majlis
Azrizal bin Ahmad
Zamzuraida binti Yahya

Pamplet
Mohd Hafiz bin Saat
Salasiah binti Ramli
Tetti Johana binti Abd Kahar
Teh Siao Hui

Sijil, Cenderahati dan hadiah
Arfanizam bin Aris
Siti Norhasikin binti Mohamad Salleh
Wong Keaw Seang


Jamuan
Edayu binti Yusof
Salamah binti Abdul Kadir
Siti Ngainon Najah binti Othman
Suhaila binti Marzuki

Pendaftaran
Hishamuddin bin Ali
Ruzita binti Sapar
Woon Wen Yii

Jurugambar / Video
Mohd Shah bin Aziz
Mohd Ali bin Bahardin
Teo Chin Syen
Wan Nor Aidawati binti Wan Abdullah

Kebersihan
Mohd Azuwan bin Abdul
Zamida binti Yusuf
Wong Kee Lee

8.0 TENTATIF
Tentatif  Program
BIL
MASA
BUTIRAN
1.

8.30 – 9.00 pagi
Ketibaan peserta ke SK LKTP Tenggaroh 6
Pendaftaran
2.
9.00 – 10.30 pagi
Taklimat Sekolah Kluster Kecemerlangan
Lawatan Benchmarking
Sesi soal jawab
Penyampaian cenderamata
3.
10.30 – 11.00 pagi
Rehat
4.
11.00 – 12.00
tengah hari
Bengkel kerjaya
Mentadbir SDS
5.
12.00 – 1.00 petang
Ceramah Guru Cemerlang
Interaksi profesional dengan guru cemerlang
Inovasi pedagogi guru cemerlang
6.
1.00 – 2.00 petang
Bengkel dan taklimat Transformasi PPD, fungsi dan peranan.
7.
2.00 – 2.30 petang
Rehat dan solat
8.
2.30 – 3.30 petang
Bengkel Refleksi BIG  peringkat 4
9.
3.30 petang
Tamat dan bersurai

9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1
Cenderamata kepada sekolah

RM 100

RM 100
2
Jamuan
 Sarapan pagi
 Makan tengah hari

RM 3 x 55
RM10 x 40

RM 165
RM 400
3
Sagu hati penceramah
Barang RM100
Wang Tunai RM200

RM 300
4
Air mineral dan gula-gula semasa ceramah
3 kotak air
3 bungkus gula-gula

RM 35
5
CD / Video dan rakaman
RM10 x 30
RM 300
6
Fail / Alat Tulis / cetakan
RM 100
RM 100
7
Banner
RM 100
RM 100
JUMLAH
RM 1500
                                                                                                 
* Semua perbelanjaan ditanggung oleh guru-guru PPG IPGKTI kumpulan Sains 1 dan Matematik 4.


10.0     PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa 5 ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah dengan cemerlang. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya kerja cemerlang.


Disediakan oleh,                                                                                                                                             
                                                                                                                  
……………………………..                                                   
(                                      
Setiausaha, 
Bengkel Kerjaya Pelajar,   
Bina Insan Guru Peringkat 4
Unit Sains Kumpulan 1,
Pelajar PPG  
IPG Kampus Temenggung  Ibrahim.


       Disemak oleh

      ………………………………………………….
     
      Pensyarah penyelia
       PPG
      Kumpulan Matematik 4 dan Sains 1
      IPGK Temenggong Ibrahim
     Johor Bahru


      Disahkan oleh

     …………………………………………………..
  
   Pengarah
    IPGK Temenggong Ibrahim.
   Johor Bahru








No comments:

Post a Comment